EXCO UGAMA TERLIBAT DALAM SERBUAN MAKSIAT!!
Seorang EXCO Kerajaan Negeri Perak yang memegang portfolio ugama terlibat dalam serbuan mencegah maksiat oleh Pejabat Ugama Daerah Manjung minggu lalu. Beliau yang juga ADUN Belanja merupakan antara exco yang lama dalam pentadbiran Ramli Marcos.

Mohd Zaim Abu Hassan, ditangkap bersekedudukan di sebuah penginapan mewah di Pulau Pangkor, atau lebih dikenali sebagai Pangkor Laut Resort. Sepanjang maklumat yang diketahui tidak pasti samada beliau sudah dibicarakan atau belum.

Minda Rakyat gagal mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi kerajaan negeri. Bagaimana pun mengikut sumber-sumber yang dipercayai bahawa Mohd Zaim sudah beberapa kali dikesan oleh 'informer' menginap di Pangkor Laut.

Mengikut maklumat juga kedudukan Zaim begitu terancam sepanjang kariernya sebagai seorang ADUN. Beliau adalah bekas setiausaha sulit kepada Menteri Besar Perak di awal tahun 80'an.